Friday, September 15, 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2023

 Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani

Selamat Hari Malaysia kepada semua warga pendidikan di PPD Kota Bharu yang tercinta! Pendidikan adalah landasan bagi pembangunan negara, dan semangat kesatuan serta perpaduan dalam pelbagai budaya adalah aset berharga yang kita miliki. Marilah kita terus bersama-sama, bekerja keras dengan penuh iltizam untuk meningkatkan kualiti pendidikan, memupuk semangat kecemerlangan, dan menjadikan Malaysia negara yang berdaya saing tinggi dalam arena pendidikan antarabangsa. Selamat Hari Malaysia, semoga masa depan kita penuh dengan kejayaan dan kemakmuran!

YBrs. Hj. Saipul Bahri bin Ab Manaf A.S.K
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu

Wednesday, September 6, 2023

MAHRAJAN ADAB DAN NILAI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2023

 SILA KLIK IMEJ UNTUK MELIHAT GAMBAR KONTIJEN PPD KOTA BHARU

Alhamdulillah syukur kehadhrat Allah SWT, PPD Kota Bharu berjaya mengekalkan kejuaraan:
JUARA keseluruhan buat kali ke-15 berturut-turut, bahkan berjaya merangkul KESEMUA
piala yang dipertandingkan:
1. JUARA KESELURUHAN
2. JUARA KATEGORI SEKOLAH RENDAH
3. JUARA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
4. JUARA KESELURUHAN LELAKI
5. JUARA KESELURUHAN PEREMPUAN

KLIK: KEPUTUSAN RASMI MAHRAJAN ADAB & NILAI PERINGKAT NEGERI 2023
Terima kasih kepada SEMUA yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada Unit Pendidikan Islam selama ini, segala penat lelah kita dapat ditebus dengan kejayaan peserta kita pada hari ini.
#AnakBaiklagiCerdik
#PPDKotaBharuMestiNo.1